Welfare

Pertubuhan Belia Perdana Prihatin Nasib Anak Yatim

Alhamdulillah... Rezeki anak-anak yatim...

Pada 18 Mei yang lalu Pertubuhan Belia Perdana telah mengambil inisiatif membawa anak-anak yatim yang baru kehilangan ibu mereka membeli barang keperluan disamping membawa mereka ke Petrosains...

Terima kasih kepada Puan Norasiah kerana sudi menaja dan membawa anak-anak ini membeli pakaian sekolah dan barang keperluan mereka... InsyaAllah... Hari ini pihak Pertubuhan Belia Perdana akan bersama dan membawa anak-anak ini membeli belah dan bersiar-siar di sekitar Kuala Lumpur...

Terima Kasih juga kepada semua pihak yang tidak putus-putus memberi sumbangan dan prihatin terhadap nasib anak-anak ini... Hanya Allah yang mampu membalas jasa semua...

**Anak-anak ini telah kehilangan ibu mereka yang juga ibu tunggal pada 2 Mei yang lalu... Mereka akan diselia oleh Pertubuhan Belia Perdana untuk memastikan masa depan mereka terpelihara sebelum diserah kepada Nenek mereka... InsyaAllah dalam masa terdekat... Pihak kami akan membantu mereka membuka akaun bank kormesial dan akaun SSPN untuk sumbangan boleh terus disalurkan ke akaun mereka...



 

Kematian Ibu Tunggal Meninggalkan 4 Orang Anak Kecil

Dari Allah kita datang dan kepada Allah jua kita kembali.... Seorang Ibu Tunggal telah meninggal dunia pada 2 May 2013 jam 12.40pm dan telah meninggalkan 4 Orang Anak yang masih kecil... ABIM WP dan Pertubuhan Belia Perdana telah menguruskan jenazah beliau dibantu oleh petugas dari Masjid As Syakirin Gombak.... Anak- anak beliau masih kecil dan masih bersekolah (4 orang dalam gambar yang duduk disebelah pembaca talkin)... Bagi yang simpati terhadap nasib anak-anak tersebut, bantuan boleh disalurkan melalui Pertubuhan Belia Perdana 1435-0000-8241-04 CIMB.... Sila maklumkan nama dan jumlah sumbangan anda kepada En. Suhail Bin Mohamed Kamaruddin di talian 0192670609... Untuk sebarang pertanyaan boleh terus hubungi no tersebut.... Keluarga ini adalah salah sebuah keluarga dibawah seliaan Pertubuhan Belia Perdana dan ABIM WP dalam Program Ziarah Kasih.... Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh dan ampunkan dosa2 kita semua... Mohon Share...

Salurkan Bantuan Melalui:  
Pertubuhan Belia Perdana 1435-0000-8241-04 CIMB Bank

Maklumat Lanjut Hubungi: 
En. Suhail Bin Mohamed Kamaruddin - 0192670609 (Presiden Pertubuhan)



No comments:

Post a Comment